Karier Awal Ayai_Illusi

Ayai memulakan kariernya dalam bidang seni suara pada 1970 sebagai penyanyi radio RTM bersama Orkes RTM kawasan selatan di Johor Bahru di bawah pimpinan Allahyarham Taib Othman yang juga bapa kepada dua gitaris kumpulan Search iaitu Kid (gitar utama) dan Din (gitar irama).

Selepas 10 tahun menimba pengalaman, Ayai mengorak langkah apabila menyanyi di eksekutif lounge di Jalan Meranti Merah, Tebrau bersama Hasnah Harun dan Allahyarham Harun Jaabar.

Pada 1985, Ayai mula mengenali rapat M. Nasir yang sehingga kini dipanggil Along menerusi kumpulan Anak-Anak Alam yang turut disertai Allahyarham Loloq, Keon, Siso dan Pyan Habib.

Pada masa sama, darah muda penyanyi itu membuak-buak untuk menyertai Bintang RTM namun komitmen tinggi bekerja di kelab membantutkan hasratnya.